Apa yang anda perlu tahu tentang insuran kemalangan
Ahad, 13 Januari 2013
0
ulasan
1. Apabila terjadi kemalangan, perkara yang paling penting sekali adalah anda dapatkan nombor kereta yang terbabit dalam kemalangan, model kereta dan warna serta masa kejadian kerana ia sangat diperlukan semasa membuat laporan polis.
2. Sebaik sahaja kemalangan terjadi, maka ramai yang datang melihat kejadian dan tidak terkecuali trak tunda kereta. Perlu anda fahami mereka adalah dari bengkel berdekatan yang menjadi agen insuran. Dan mereka juga memperolehi imbuhan daripada syarikat Insuran sebanyak 10% dari nilai kerosakkan yang dituntut. Sebab itulah kelihatan mereka beria-ia ingin membantu anda bertujuan memenangi hati anda agar menerima khidmat trak tunda yang mereka tawarkan.
3. Dalam memilih perkhidmatan mereka anda perlu berhati- hati kerana jika tersilap pilih maka lamalah kereta anda tersadai di bengkel sehinggalah tuntutan dikeluarkan oleh pihak insuran. Namun begitu adalah bengkel yang mempunyai kewangan yang kukuh, akan memperbayai kenderaan anda tanpa menunggu pembayaran dari pihak insuran.
sebagai contoh Kenderaan Toyota ayah saya yang mengalami kemek yang teruk pada bahagian penumpang hadapan sehinggakan pintu hadapan tidak boleh ditutup rapat. Bengkel yang terletak di Klang hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk membaikpulihnya. (kesalahan bukan di pihak ayah saya).
Ada antara bengkel meminta anda mendahulukan wang anda sendiri dahulu agar kereta anda disiapkan dengan segera dan pampasan tuntutan akan dimasukkan ke dalam akaun anda.
4. Selain daripada itu perlu anda ketahui sekiranya kereta anda kurang dari lima tahun, pihak insuran akan membayar ganti rugi berdasarkan nilai alat ganti yang baru dan sekiranya lebih daripada had umur tersebut mereka akan mengantikan dengan barangan yang telah digunapakai/'second hand'.
5. Setelah anda memilih agen bengkel (trak tunda) mereka akan membawanya ke balai polis untuk proses mengambil gambar dan anda perlu membuat laporan polis. Dalam laporan polis anda perlu menceritakan arah pemanduan, warna kenderaan, jenis dan nombor pendaftaran kereta anda dan begitu juga dengan kenderaan terlibat. Jika maklumat tidak lengkap anda perlu membuat laporan lagi sekali yang mana sambungan dari laporan pertama.
6. Apabila kedua-dua pihak telah membuat laporan polis. Anggota polis yang mengambil kes anda akan membuat siasatan dengan mengambil keterangan secara lisan begitu juga dengan pihak ketiga lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Seperti biasa, mereka yang bersalah seboleh-bolehnya tidak akan menunjukkan kesalahan dalam laporan mereka. Anggota tersebut akan memutuskan pihak mana yang bersalah dan mengeluarkan saman.
7. Anda boleh mendapatkan salinan laporan pihak lain bagi tujuan mendapatkan maklumat insuran pihak yang bersalah di JPJ yang berhampiran dengan mengisi borang tertentu dengan bayaran RM10.00 serta satu salinan kad pengenalan. Mereka yang boleh melakukan perkara ini adalah empunya kenderaan dan bukannya pemandu yang terlibat dalam kemalangan.
8. Berdasarkan pengalaman saya, saya pernah tersalah langkah kerana mengambil trak tunda dari bengkel yang telah ditarik daripada menjadi ejen insuran (disenarai hitam oleh pihak insuran). lalu kereta saya hanya tersepuk selama 3 bulan. apabila saya ingin menghantar ke bengkel lain, bengkel tersebut mengenakan caj sewa tapak. saya perlu membayar caj sewa tersebut sebelum ditarik ke bengkel lain.
Saya menulis post ini agar anda mendapat sedikit maklumat perihal insuran dan tidak mengulangi kesilapan seperti saya.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: Apa yang anda perlu tahu tentang insuran kemalangan
Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://zabidisaleh.blogspot.com/2013/01/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
0 ulasan:
Catat Ulasan