Panik pembunuh nombor satu
Khamis, 27 Disember 2012
0
ulasan
Dalam hidup saya , saya telah mengalami
2 kali nyawa berada di hujung tanduk tetapi syukur alhamdulillah saya
dapat mengawal diri dari jatuh ke dalam perangkap panik menyebabkan
saya boleh berfikir sekali gus dapat menjalankan amanah Allah menjaga
nyawa diri sendiri.
Peristiwa pertama di Kota Tinggi Johor,
ia berlaku ketika saya berumur awal 20an. Dikatakan kawah air terjun
kota tinggi sangat dalam menjangkau puluhan kaki dalamnya
menyebabkan airnya terlalu sejuk. Melihat ada seorang pengunjung
(mungkin warga setempat yang telah biasa dengan air terjun tersebut)
yang berkebolehan menyeberang kawah air terjun tersebut dan duduk
mandi di bawah curahan air terjun menyebabkan darah muda serasa
tercabar.
Tanpa berfikir panjang saya pun
mengikut jejak langkahnya. Setiba di pertengahan kawah tiba-tiba
sebelah kaki saya mengalami kekejangan disebabkan suhu airnya. Ini
menyebabkan pergerakan renangan kehadapan saya telah menjadi perlahan
separuh momentumnya.
Oleh sebab saya tidak panik saya dapat
berfikir saya akan kehabisan tenaga dan tiada kekuatan menongkah arus
olahan air yang bergerak ke perut kawah air terjun. Lalu saya
memutuskan untuk menarik nafas sebanyak yang mungkin dan berenang
secara menyelam. Ini kerana dengan renangan secara menyelam anggota
tangan dan kaki digunakan sebagai kayuhan untuk maju kehadapan
lantaran itu kepantasannya bertambah 2 kali ganda dari renangan
biasa. Alhamdulillah saya dapat sampai ke sampai ke pinggir kolam dan
sekaligus naik ke daratan.
Saya mengambil masa yang agak lama
untuk turun ke air semula menyebabkan kawan-kawan dan saudara mara
merasakan something wrong tetapi saya menafikan dengan alasan untuk
berehat sekejap untuk meredakan kesakitan dari kekejangan kaki wahal
saya menghimpun semula kekuatan dari peristiwa tersebut.
Peristiwa ke-2 berlaku selang berapa
tahun ketika saya berada di Teluk Tempoyak Pulau Pinang. Selepas
kerja membuat kerja pendawaian di gerai prsisiran pantai. Saya dengan
kawan IKM Lumut, Along untuk berlumba renang. Kami pun berenang ke
tengah laut dengan anggaran jarak kira 1.5 km dari persisiran pantai.
Setelah bersetuju kedudukan tersebut sebagai permulaan kami pun
membuat kiraan dari 1 hingga 3 dan terus membuat renangan selaju yang
mungkin tetapi malangnya beberapa meter dari titik permulaan, saya
terkena obor-obor di ketiak. Saya bukanlah orang yang biasa dengan
laut. Menyebabkan bisa obor-obor tersebut terlalu sakit menyebabkan
badan saya mengigil/mengeletar manakala bibir saya menjadi kebiruan
menahan kesakitan.
Sebagai langkah permulaan saya perlu
mengalihkan fikiran dari memikirkannya agar mengurangkan tekanan
kesakitan bisa tersebut. Saya lihat Along sudah jauh dihadapan dengan
penuh komitmen untuk menang tanpa menoleh ke belakang, mana mungkin
dia mendengar jika saya menjerit memanggilnya. Apatah lagi arah
aliran tiupan angin ke laut. Meskipun pantainya landai pada kejauhan
tersebut kaki saya tidak dapat mencapai tanah untuk berjalan.
Memandangkan saya berada di laut dengan ketumpat garam yang tinggi,
saya terfikir bahawa badan kita mudah terapung lalu saya memutuskan
untuk menggunakan kelebihan untuk berenang secara terlentang supaya
saya boleh bernafas dengan mudah (tangan yang sakit tidak
berkebolehan lagi untuk mengapungkan kepala) meskipun pergerakannya
perlahan kerana keterbatasan pergerakan kaki. Itu lebih baik daripada
pegun pada kedudukan tersebut.
Apabila Along sampai ke pantai, melihat
saya berenang tidak seperti renangan untuk berlumba, beliau terjun
semula ke laut mendapatkan saya, ketika sampai di sisi saya, melihat
bibir saya biru dengan muka yang berkerut mempamerkan kesakitan, Dia
bertanya dan saya menjawab dengan terketar-ketar bahawa saya terkena
obor-obor di ketiak. Along pun bertindak membantu dengan menarik saya
ke pantai. Di pantai orang kampung tersebut pun mengambil kopi
bercampur kicap dan ditempekkan pada bahagian yang terkena obor-obor
tersebut. Bila kesakitan sudah agak berkurangan, along pun membawa ke
klinik berhampiran.
Dari peristiwa ini saya merumuskan
bahawa jika saya panik, fikiran menjadi buntu seterusnya saya akan
mati kelemasan. Syukur alhamdulillah kerana Allah SWT menganurehkan
nikmat ketenangan dalam diri saya.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: Panik pembunuh nombor satu
Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://zabidisaleh.blogspot.com/2012/12/panik-pembunuh-nombor-satu.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
0 ulasan:
Catat Ulasan